Friday, November 15, 2013

Tahu fantasia

Bahan2nya

6 keping tahu
1/2 cawan daging ayam dipotong dadu ( kecil2)
1 pokok kecil daun bawang dan daun sadri di mayang halus
1 batang lobak merah diparut halus
1 btg lada merah dipotong dadu halus
1 putih telor
2 sd makan tepong jagung
Sedikit garam
Sedikit lada putih

Caranya:

Tahu dihancurkan sehingga lumat. Kemudian campurkan semua bahan2 yg lain. Sekiranya kurang melekat, masukkan sedikit lagi tepong jagung.

Masukkan campuran tadi kedalam acuan kuih lompang ataupun ke dalam loyang. Kukus sehingga masak.

Kemudian sejukkan dan dikeluarkan dari acuan. Setelah itu digoreng dalam minyak panas sehingga ke kuningan.. Sedap dimakan dengan sos cili atau cili padi.


Ayam boleh juga digantikan dengan potongan udang atau seumpamanya.


Resipi asal dari puan Elly Salman di elly-salman.blogspot.com. Tapi x jumpa pulak link dia.

0 comments