Wednesday, April 29, 2009

Haiiiii...

Haiiii..apa kabareeee semuaaanyaa...
pertama-tama mohon maap yang sebesar-besarnya karena selalu terlambat utk up date dapur saya ini coz Nyonya besarnya lagi sibuk jualan cake hiahahaha....

untuk pengunjung yang udah ngisi shout box saya, tengkyuu..tengkyuu..mohon maap karena belum sempet2 utk jawab..yang mau nge-link blog ini juga boleh..yang mau ambil resep2 disini juga boleh, yang mau ambil gambar2 disini juga bolehhh (asal menyebutkan sourcenya sekiranya ingin di publish di web/blog masing2) yang mau belajar online , sambil ngikutin step by stepnya juga boleeeeehh..utamanya semuanya boleeehhh..:-))..

Daaan..yang nak join dalam workshop-workshop yang saya adakan juga boleeehh..tersedia pelbagai jenis workshop ada kelas mendeco cake, ada kelas chocolate.ada kelas Fondant, ada kelas cupcakes, ada juga kelas private utk yang teringin belajar membuat cake sekaligus mendeconya..yang ingin belajar total mendeco cake dengan method daripada Jakarta-Indonesia..ayoo..yoo join-join disini :-))

yang ingin meng-invite saya mengajar private dari rumah kerumah, dari satu tempat ke tempat lainnya, juga boleeh..silalah email yea.nanti kita boleh discusskan kelasnya..

Sekiranya Anda adalah seseorang yang ingin selalu meng-up date skill,menyukai inovasi terbaru,mencuba hal2 terbaru especially dalam dunia cake decorating, cubalah kaedah dan method terbaru dari loveliana cakes, yang pastinya tidak sama dengan kedai2 bakery yang ada di Malaysia,..

untuk info lebih jelas,anda boleh klik http://loveliana-workshop.blogspot.com/

untuk mendapatkan brochure2 kelas sila email ke lovelianacakes@gmail.com



Order cake/cupcakes /weddingcake dan pelbagai product lainnya dari Loveliana cakes sila email ke lovelianacakes@gmail.com caranya save gambar sample cake dan emailkan, sertakan detail order serta no phone, nanti sy reply secepatnya dan bagi quo.

TIDAK MENERIMA ORDER BY PHONE OR SMS
(karena setiap pagi sampai petang saya mengajar dikelas, tak dapatlah menjawab sebarang panggilan para datin2 dan datuk2.) atau kalau selama 2 hari tdk mendapat Reply email, sila call ke 0123909371-ini juga jgn diharap utk cepat mendapat jawaban krn jika tengah mengajar,memang tak boleh jawab taliponggg..:-)

Best Regards
Loveliana cakes
Read more

Monday, April 13, 2009

Mee Bayam

Selamat Datang ke Dapur Maklang






Assalamualaikum..

Hari ini kami makan mee bayam...sebab budak2 ni seme suka bayam dan tak makan sawi maka, maklang modifylah bahan2nya..



Bahan2nya:

1/2 ekor ayam dipotong kecil
3 biji bawang besar dihieia
3 ulas bawang putih dihiris
1 sdt lada putih
1 ikat bayam dipotong
1/2 inci halia dimayang halus
2 bungkus fishball
1 bungkus fishcake dihiris
1/2 periuk air
sedikit garam dan gula


Meehoon dicelur

Untuk lebih sedap, blendkan 4 biji cili padi bersama 3 ulas bawang putih bersama sedikit kicap masin dan kicap manis.


Caranya:

1. Rebus air. Apabila mendidih, masukkan bawang merah dan bawang putih dah halia.
2. Masukkan ayam dan fishball serta fishcake.
3. Masukkan lada putih dan garam serta gula.
4. Masukkan bayam. Apabila bayam telah lembut, bolehlah diangkat. Boleh jugak sekiranya mahu letak carrot yang dihiris.
5. Tuangkan kuah yang masih panas ke atas meehoon yang telah dicelur. Letakkan sedikit kuah kicap cili padi...Barulah terangkat bila makan...:)




Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more

Tuesday, April 7, 2009

Sotong masak kicap

Setengah orang tak pernah makan sotong masak kisap. Macam maklang jugak. Mula makan sotong masak kicap, bila arwah mak mentua yang masak. Sedap rupa2nya ye....


Meh cuba...





Bahan2nya:




a.
1 labu bawang dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 biji lada merah dihiris
1/2 inci halia dihiris

b.
1/2 kg sotong bersihkan. Kalau sotong besar sangat hendaklah dibelah sotong itu dan dikelar2kan supaya tidak liat. Kalau kecik2 sangat, masak sekor2 pun boleh.
1 sdt kunyit serbuk
1 sdb lada kering yang telah di blend

c.
1/2 cawan kicap manis
1/2 cawan kicap masin
1 cawan air asam jawa ( jangan terlalu pekat)


d.
minyak untuk menumis


caranya:

1. Panaskan minyak.
2. Goreng kan sotong dengan bahan b hingga agak masak. Angkatkan.
3. Tumis bahan hirisan hingga naik bau.
4. Masukkan bahan c hingga mendidih dan masukkan sotong. Biarkan sebentar dan bolehlah diangkat.





Selamat Datang ke Dapur Maklang









Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Read more